Tuesday, January 25, 2011

mulut pedas dan tangan jahat

aku tak kuat
selalu jatuh, menangis, dan kerana itu
aku perlu DIA
aku butuh mereka

aku mungkin selalu jatuh
tapi aku bangkit kerana mereka
dan telah aku ikrarkan
tidak akan jatuh lagi, tidak menangis lagi

tapi bagi seteru bertopengkan manusia
luka jatuh aku yang mereka rindukan
esak tangis aku yang mereka harapkan
takkan, tidak lagi

ucapkan selamat tinggal pada aku
kerana aku kini sudah gah berdiri
sudah maju aku kedepan
terima kasih atas mulut pedas dan tangan  jahat kamu
kerana itu yang membuat aku berani

No comments:

Post a Comment